"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Sunday, 20 November 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH





Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu..

Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau puja ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau benci ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu..

Tiada siapa ketahui siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi 
RAHSIA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA..





Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.



2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Sunnatullah (ketentuan) bahawa Allah Taala menjadikan makluk termasuk manusia secara berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Fitrah manusia adalah ingin dikasihi dan disayangi dengan dibatasi lingkungan syarak.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYa ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang”
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (surah Ar-Rum :21)
Setiap manusia pasti ada jodohnya bergantung pada Takdir Allah dan ikhtiar dari manusia itu sendiri.Masa depan kehidupan suami isteri erat kaitannya dengan memilih suami, maka, Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, soleh dan taat dalam mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang dalam agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang akhlaknya kamu redai maka kahwinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakkan.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Namun begitu, jika setiap usaha yang dilakukan itu tidak seperti yang diharapkan, fikirlah sesuatu dengan penuh keimanan yang mana Allah akan member yang lebih baik untuk kita. Insyaallah..

Ya Allah Ya TuhanKU...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku, tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu kekal abadi...


Ya Allah Ya Tuhanku

Yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia pergi jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...
jodoh

Ya Allah ya TuhanKU..

yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agar ku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...



Ya Allah Ya TuhanKU..

Yang maha tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah Ya TuhanKU...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran..



Ya Allah Ya TuhanKU..

kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...



Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

" Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,... 

supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul...

kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebaliknya..

" Ya Allah... Dimana lagikah dapat ku temui Cinta Sejati kecuali pada Cinta-Mu... Kemana lagikah cinta ini harus berlabuh kecuali pada Kasih-Mu... Jadikan lah hati yang lemah ini ...

Ya Allah... Tertambat kukuh hanya pada Mu... Aku mohon redha atas segenap keputusan-Mu... Kesejukan setelah Matiku... Kenikmatan memandang Wajah Mu... dan Kerinduan untuk berjumpa Dengan Mu... 

Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah... Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirah Mu... 

Ya Allah... Masukkan lah ku dalam kalangan hamba-hamba Mu...yang Engkau Cintai...

Kurniakanlah ku Cinta...Orang yang Cinta kepada Mu... Dan Cinta orang...Yang cinta kepada orang yang dekat pada Mu... Dan jadikan Cinta ku terhadap Mu Ya Allah... Lebih aku cintai daripada Cintaku ke Insan Mu...^_^

Dalam Hati ada Cinta... Dalam Jiwa ada Rindu... Dalam Sanubari ada Kasih... Namun entah bila akan ku temui titik pertemuan... Agar bisa disatukan...untuk diserahkan rasa ini... Hanya buat Nya yang layak... Agar nanti dapat dinikmati Kemanisan Semurni Cinta... Setulus Rasa...Pemilik Cinta Yang Maha Kaya...(◕‿◕✿)


Ana kongsikan...sumber blog dari seorang hamba Allah...syukran atas perkongsian..


Tuesday, 15 November 2011

Hati Yang Cedera


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
alt


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

Friday, 11 November 2011

SYUKRAN UMMI..SYUKRAN ABAH...(^.^)



.....بسم الله الرحمن الرحيم.....
Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita bernafas di bumi Allah ini..
dengan kurniaan kesihatan dan akal yang waras dapat lagi nabilah berada di hadapan laptop untuk menghiasi blog ini agat makin bertunas....=)

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. ilmu itu penghukum(hakim) dan terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."


alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi....dan amat amat berterima kasih buat ummi dan abah sebab hadiahkan nabilah buku ini....jazakallahu khairan kathira....
emm....mula2 nabilah tengok buku ni..."wah!!!tebalnye....ade ape kat dalam buku ni???"hehe
tapi...mase tu buku ni abah yang punye....
masa pertama kali belek buku ni...
ya Allah...dapat nilaikan diri ini...
betapa ceteknya ilmu agama dalam diriku...

"INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" merupakan buku panduan Fardhu Ain yang lengkap dan bergambar...menarik sangat...=)...
Ditulis oleh Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (siap nama penuh lagi...hehe)
alhamdulillah...buku ni sangat sangat sangat banyak manfaatnye...meliputi setiap aspek dari mana 
seorang manusia dilahirkan sehinggalah dia menghembus nafas yang terakhir....

Dari bab kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, berkaitan remaja, masuk pula bab Fardhu Ain asas macam solat,puasa semua tu...perkahwinan, hidup bermasyarakat serta amalan-amalan sunat dalam kehidupan...lengkap dengan doa lagi...


emmmmm......
yang nabilah lagi sangat sangat sangat sangat(tak tertulis betapa bahagianya hidup ni)..
hehehe....
okey2....yang nabilah bahagia suka sayang cinta kasih sangat ni sebab....
satu hari tu...
ummi masuk bilik...
ummi hulurkan buku ni kat nabilah....
???????
tertanya tanya kenapa...
=)...ummi tersenyum....=)
"ummi ngan abah belikan buku ini untuk semua anak umi...
ini ummi hadiahkan kat angah..."
.....speechless.....
TERIMA KASIH UMMI!!!
TERIMA KASIH ABAH!!!
hehe....suke sgt(100x)

"Dengan umur yang panjang akan menambahkan keberkatan dalan hidup angah..ummi dan abah mengharapkan angah memanfaatkan buku ini sebaik mungkin....

sayang hingga akhirnya,
ummi & abah..07/11

hehe....ni ape yang ummi tulis kat dalam buku tu....mendalam sangat maknanya kan...

ummi...abah.....
insyaAllah...angah akan memanfaatkan sepenuhnya pemberian ummi dan abah yang amat berharga ini...
jazakumullahu khairan kathira....
moga dengan segala isi panduan, bimbingan yang terdapat dalam buku ini dapat angah amalkan...
insyaAllah....

sayang hingga hembusan terakhir,
angah...

'Dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini, 
maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab
sebagaimana yang disyariatkan oleh islam"
ya Allah...dengan segala petunjukMu, hidayahMu, bimbinganMu...
Engkau jadikanlah aku seorang hambaMu yang bertaqwa... 
insyaAllah....ameen..
"hidup bertaqwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia"



MANISNYA PENGORBANAN...(",)


Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. Untuk melakukan pengorbanan, memerlukan kita untuk berkorban.
Payah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.
Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri (Nabi Ismail), hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Bayangkan seorang anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tetapi dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, "ALLAH" diletakkan di tempat yang tertinggi. Sehingga tiada yang layak diutamakan melainkan hanya DIA.
Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih, malah digantikan oleh Allah dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya keimanan mereka yang membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban.
Pengorbanan yang merentasi rasa sayang ayah kepada seorang anak, demi mendapatkan redha dari Allah yang dicintai. Allahuakbar. Peristiwa inilah di sebalik hari yang kita rayakan iaitu hari raya korban. Sungguh, Allah mahu kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Jangan kita hanya seronok beraya, tetapi tidak mengaut ibrah yang di sebaliknya.
Persoalannya,
Bagaimanakah pula nilai pengorbanan pada kita? Adakah hanya menumbangkan seekor lembu sudah dikira pengorbanan yang sebenar-benarnya? Sangat jauh lagi untuk kita gapai jika hanya itu sekadar pengorbanan yang kita faham.
Dalam konteks kita sendiri. Hamba dengan Pencipta kita sebagai contoh. Apakah terdapat pengorbanan yang kita persembahkan buat Kekasih kita yang telah memberikan kita segala-galanya? Apakah terdapat sesuatu yang kita lakukan tanda kita mencintaiNya? Jom koreksi diri.
Kadang-kadang kita menyatakan cinta. Tetapi perbuatan kita, ucapan kita, jarang sekali memaksudkan apa yang kita katakan. Sedarkah kita? Kita mengaku kita cinta kepada Allah, tapi dalam masa yang sama kita juga lokek dalam memperuntukkan masa kita denganNya. Tak mahu korbankan masa. Takut ketinggalan pula drama di televisyen.
Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, tetapi sangat berkira untuk berkorban dan bersama-sama dalam perjuangan yang diwariskan oleh baginda. Takut jika masa diluangkan untuk menyampaikan dakwah islam, tidak sempat pula nak bersuka ria.
Begitukah kita? Sungguh berbeza hati dan mulut kita. Mulut menuturkan sayang dan cinta, tapi hati tidak rela untuk berkorban deminya. Salahkah kita jika berkorban masa seminit dua untuk berzikir dan meletakkanNya dalam hati kita. Susahkah untuk berkorban tenaga dan masa untuk berdakwah mengajak manusia. Sungguh berkira rupanya kita.
Kesimpulan
Pengorbanan itu tidak akan menjelma melalui diri yang selalu berkira. Berkira untuk sedekah. Berkira untuk beribadah. Berkira untuk berselawat pada Rasulullah. Dan berkira dalam melakukan setiap hal. Tidak akan lahir rasa ingin berkorban jika diri selalu berkira-kira. Lalu apakah nilai pengorbanan pada kita jika kitalah orang yang berkira itu? Tiada. Ya, tiadalah nilai yang dapat kita capai. Orang yang berkira sudah tentu susah dan mungkin sekali tidak mahu langsung berkorban. Jadi, masakan pula orang yang tidak berkorban dapat merasa nilai pengorbanan itu? Tentu tidak, bukan?
Begitulah. Diri kita yang menentukan sejauh mana nilai pengorbanan itu pada diri kita. Semakin tinggi kita berkorban, semakin tinggilah nilai pengorbanan tersebut. Dan begitulah sebaliknya. Untuk permulaan bagi meningkatkan momentum pengorbanan kita, hayatilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan sebenar-benar penghayatan. Penghayatan sehingga mampu meningkatkan momentum pengorbanan dalam diri kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dan juga pengaplikasiannya dalam memperjuangkan islam, satu-satunya agama yang Allah redhai.
Semoga dengan sebingkis peringatan ini, kita sama-sama mendapatkan manfaat dan kebaikannya. InsyaAllah.

Tuesday, 1 November 2011

ULANGTAHUN PERKAHWINAN...~


BISMILLAH...........
Alhamdulillah, akhirnya update jugak blog ini...dalam masa tak update tu, banyak sangat perkara yang berlaku. Semua tu jadi pengajaran dan tambah pengalaman dalam hidup...pengalaman yang tak dapt dijual beli dengan duit.Rasanya setiap detik dan saat yang berlaku sangat-sangat berharga apatah lagi apabila bersama keluarga tersayang..:)
Semoga setiap ilmu yang saya belajar, saya dapat aplikasikan dalam kehidupan kelak..insyaAllah...



1 November itu tarikhnya
Terbayang merah inai di jari
Ucapan khas dari saya
kepada ABAH serta UMMI..

Suami isteri sama berperanan
Kasih sayang tidak terhingga
SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN
kekal bahagia hingga ke syurga...

Suami isteri saling mengasihi
Membina keluarga  damai harmoni
Semoga dalam limpahan rahmat ilahi
Kekal dalam ikatan murni..
insyaAllah...Smiley


Alhamdulillah....
syukur ke hadrat ilahi atas kesempatan meraikan hari ulangtahun perkahwinan ummi dan abah....
Segala puji bagi Allah dengan sebaik-baik pujian, puji yang tidak bisa diungkapkan dengan kata atas kurniaan kedua orang tuaku ini...

buat ummi dan abah yang tersayang....
ku ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ke-21...
jazakumullahhu khairan kathiran atas segala jasa dan pengorbanan ummi dan abah
yang tidak terhingga...
kasih sayangmu terlalu suci
pengorbananmu terlalu tinggi
jasamu tiada berbelah bagi...

terima kasih ummi, terima kasih duhai abah...
kerana melahirkan diri ini dan adik beradik yang lain ke dunia
mengasuh kami mengenal Allah..
mengajar kami menyebut namaNya
dan juga nabi rasul mulia....

salam sayang beserta kasih sayang ummi dan abah...
mendidik kami tak pernah jemu
halalkan makan minum kami
maafkan segala kekhilafan diri ini

Terima kasih ummi dan abah
kerana hidup berkasih sayang
membina sebuah keluarga bahagia
buat diri kami semua..

padaMu ya Allah, kami berdoa
padaMu jua, kami meminta
rahmati ummi abah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjangkan umur mereka
murahkan rezeki mereka
moga berbahagia dunia dan akhirat

kami mengharap redhamu ummi abah
hanya itu yang kami pinta
agar hidup kami lebih bermakna
menjadi insan yangbertakwa....
insyaAllah....





Ya Allah...selamatkanlah ibu bapa kami...
berikan ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan pada ibu bapa kami...
jadikan kami anak yang soleh dan solehah..
jangan Kau pikulkan mereka dengan azab yang kami buat...
sesungguhnya mereka adalah permata hati kami...
mereka telah mengasuh dan mendidik kami dengan sepenuh hati..
bertarung nyawa demi kasih yang suci..
sungguh murni hati mereka..



Ummi dan Abah...
Cintamu sentiasa bersemi kepada anak-anakmu..
membelai, menyayangi, mendidik kami tidak pernah jemu..
mahar jasamu bernilai tinggi
Bingkisan agama dihadiahi olehmu
sebagai perisai untuk mempertahankan Ad-Din
Untuk menepis pelbagai onak dan duri kehidupan
mencari cintaNya yang ABADI
dalam melonjak seteguh IMAN di persada dunia...

Siang menanti malam,
malam menanti siang,
segala nasihatmu akan kami jadikan ingatan bersama..
Dalam menggapai rahmat ILAHI,
sebagai bekalan di akhirat nanti...
                                                        
salam sayang, kasih, cinta sepenuh hati kami buat ummi dan abah...(^.^)
moga kalian sentiasa berbahagia di bawah redhaNya...insyaAllah.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...