"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Tuesday, 7 February 2012

memburu BAKI 99 RAHMAT ILAHI...


Saya mulakan makalah ini dengan lafaz, "BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM." 
Itulah lafaz 'BASMALAH', sebaik-baik kalimah pemula bicara atau tindakan. 
sebut sahaja lafaz 'BASMALAH' ini, pasti kita semua sedia maklum bahawa dalam lafaz yang ringkas ini mengandungi dua nama Allah; AL-RAHMAN dan AR-RAHIM..


Kedua-dua lafaz ini ibarat aur dengan tebing, susah untuk dipisahkan.
Di mana ada kalimah al-Rahman, disitu juga ada kalimah al-Rahim.
Ini kerana kedua-dua kalimah ini saling berkait.
Di samping kedua-dua kalimah ini diekstrak daripada kata dasar(root word) yang sama iaitu 'ra-hi-ma', kalimah ini juga mempunyai maksud yang hampir sama walau tidak serupa..


Dalam riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Aku adalah al-Rahman. Aku ciptakan rahim, aku ambilkan untuknya nama yang berakar umbi daripada nama-Ku. Sesiapa yang menyambungnya (silaturrahim), aku sambung (rahmatku) baginya dan sesiapa yang memutuskannya, aku bagikan (rahmatku untuknya)."


Jika dalam konteks bahasa melayu, perkataan 'rahim' dan 'silaturrahim' yang dipinjam daripada bahasa arab ini mempunyai perkaitan dengan nama Allah..


1/100 RAHMAT
Pada hari Allah menciptakan bumi, Allah ciptakan 100 rahmat.
Disimpan di sisi-Nya 99 rahmat, manakala baki 1 rahmat diberikan kepada makhluk-Nya.
Dalam riwayat al-Bukhari, Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., sabda Baginda yang bermaksud: "Allah mencipta rahmat dalam 100 bahagian. Dia menahan disisi-Nya 99 bahagian(rahmat) dan menurunkan ke bumi satu bahagian sahaja"..

Bayangkan semua makhluk berkongsi hanya 1 rahmat tersebut, 
itu pun sudah tidak tersambut rahmat yang melaut luas, apatah lagi bakinya yang bakal dinikmati di syurga kelak..
Dengan hanya satu rahmat sahaja pun, manusia sudah terpesona dengan dunia dan isinya, apatah lagi baki 99 rahmat...

Baki 99 rahmat inilah yang digambarkan oleh Allah s.w.t menerusi sebuah hadis kudsi dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh, sesuatu yang tidak pernah dilihat dan tidak terlintas di hati manusia"...

Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t memiliki 100 rahmat (nikmat) satu rahmat daripadanya diturunkan-Nya dan dibahagi-bahagikan di antara jin, manusia, haiwan-haiwan besar dan kecil.
Dengan rahmat yang satu itu, semua makhluk tersebut, saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi.
Dengan rahmat yang satu itulah, seekor keldai liar menyayangi anaknya..
Adapun rahmat yang 99 lagi disediakan Allah s.w.t. buat kehidupan di akhirat.
Dengan rahmat yang 99 itulah Allah akan mengasihi hamba-Nya pada hari kiamat"...

Perhatikan dialog antara Rasulullah s.a.w. dan sahabat ini dalam riwayat al-Bukhari:

RASULULLAH S.A.W. : "Amal seseorang tidak mampu menjamin dirinya".


SAHABAT : "Apakah termasuk engkau, wahai Rasulullah?"


RASULULLAH S.A.W. : "Ya, termasuk aku juga. Hanya rahmat Allah"


Sudah terang lagi bersuluh..


Sifat Penyayang Allah s.w.t. tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. 
Disenaraikan di sini, sebahagian dari bukti Pengasih dan Penyayang Allah terhadap kita sebagai hamba:


1) Allah mengutuskan para nabi dan rasul bagi membimbing umat manusia
2) Allah menyediakan panduan kepada umat manusia berupa Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
3) Rahmat Allah mendahului kemurkaan-Nya.
4)Allah s.w.t lebih penyayang terhadap hamba-Nya daripada ibu dan ayah terhadap anaknya.




RAHMAT MENDAHULUI KEMURKAAN-NYA...
Rasulullah s.a.w. meriwayatkan sebuah hadis qudsi yang begitu masyhur.
Sekali telinga mendengar atau sekali mata tertancap pada matan hadis ini, pasti hati akan mampu merasai kasih sayang-Nya terhadap kita sebagai hamba walau sering kali khilaf menghiasi diari harian sebagai Muslim.


Dalam riwayat al-Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman yang bermaksud: 'Rahmat Aku mendahului murka-Ku'".  

moga menjadi manfaat buat kita semua...insyaAllah..^^,

Saturday, 4 February 2012

PERKONGSIAN dari SAHABAT buat SAHABAT...

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim....


Emm...
Semua orang duk berdiskisi pasal kahwin..
So saya nak bagi pendapat lar sket..
Sekadar pandangan, tak wajib betul, harus salah...^^,


Saya sendiri, kalau orang tanya..
Nak bina bait muslim tak?...nak..
Dah ada calon dah?..ada..
Mak ayah dah tahu?(kedua2 belah pihak)?...dah..
Dah sedia??..emm...(fikir panjang)


Persediaan melangkah ke alam yang baru sebenarnya luas..
Bukan sekadar kena tahu masak, tahu kemas rumah..
Persediaan untuk jadi 'IBU CERDIK, YANG SOLEHAH'..
Saya masih belum bersedia dari bab itu..



Satu buku yang saya baca....
Kalau tuntutan asas kita sebagai Muslim pun kita masih terkial2 nak melaksanakannya...
Itu bermakna kita masih belum bersedia nak kahwin..
Tuntutan2 asas tu antaranya solat 5 waktu dan lain2..
Tapi untuk saya dan sahabat perjuangan..tambah lagi 1 tuntutan asas..
MURAJA'AH AL-QURAN..


Saya sendiri akui...
Saya masih belum boleh istiqamah muraja'ah mengikut target saya..
Kalau hidup saya sekarang ney, yang tak sibuk ngan apa2..
Just belajar, study..mutola'ah..
Pun masih belum istiqamah capai target..
Nanti kalau dah kahwin macam mana?
Lebih2 kalau dah ada anak, macam mana??
Perkahwinan itu ada tanggungjawab...
Jadi macam mana, tanggungjawab yang sedia ada masih belum tertunai, dah tambah satu tanggungjawab baru?? ^^,


Maksud saya di sini,
Sementara kita masih lapang...
Tanggunggjawab tak terlalu banyak agy..
Kita sediakan diri kita untuk jadi ibu, bukan isteri...
Sebab seorang isteri takkan dipanggil ibu kalau tak ada anak..
Orang yang dipanggil ibu, mestilah seorang isteri kan??
Semua mesti nak cahaya mata...btul tak?? ^^,


So, sediakan diri kita nak jadi seorang ibu..
Kita cuba jadikan diri kita contoh terbaik untuk anak-anak kita nanti...
Nak jadi contoh terbaik, kita kena check balik apa kekurangan diri..
Aplikasi terbaik, kalau ada adik2 /anak saudara /sepupu yang kecik agy, kita cuba layan dia dengan perasaan keibuan..
Satu sifat keibuan yang bagi saya tak ada orang boleh tandingi, SABAR...


Next, kita gunakan peluang ney untuk muraja'ah betul2..
Kalau boleh, sebelum kita mendirikan rumah tangga..
Kita dah masyi betul2..
Tak yah tengok Quran pun kita boleh muraja'ah..
Sambil2 duk buat kerja2 rumah kita boleh baca..
Kan jimat masa tu..:D



Saya nak juga sarankan 1 perkara..
Bila dah kahwin, cakap awal2kat suami kita..
Kita ney haamilatul Quran..
Mintak tolong dia ingatkan kita supaya muraja'ah..
Terangkan kat dia apa tanggungjawab kita sebagai hamlatul Quran..
Kalau dia pun hamlatul quran, lagi best..=)
Boleh muraja'ah sama2..


Alamak!!...dah lewat ney..
Nak gi kelas pulak..
Maaf kalau terkasar bahasa...
Jom sama2 jadi IBU CERDIK YANG SOLEHAH!!!
InsyaAllah.. ^^,



Thursday, 29 December 2011

jadi SOLEHAH...dapat SOLEH...insyaAllah.. :')

Manusia merancang..Allah yang tentukan..
InsyaAllah.Semoga Allah memberkati usaha kita..

Ya, aku sedang berusaha..
Kalau boleh, biar luka semalam semlam tak pernah ada..
Supaya aku tetap bersemangat ..Kan...
Tapi Allah knows best..

Alhamdulillah dan insyaAllah,,aku sedang mengejar cinta hakiki..
Tiada lagi gelisah atau rasa hati yang bukan-bukan..yang tidak-tidak..
Aku lebih tenang sekarang..
Cinta Allah yang selama ini aku anggap takkan pernah berhenti, aku abaikan..
Cinta yang aku rasakan aku sudah dapat, namun tak pernah aku tambat..
Cinta yang aku pasti tidak akan mati, yang perlu aku gapai selama-lamanya..
Kerana dari cinta itulah nanti, aku yakin dan percaya, akan ada cinta insan untukku..
Insan yang mencintai aku keranaNya..
Insan yang tidak aku kenal, kecuali kerana agama dan peribadinya..
Tidak di sini, di akhirat sana..insyaAllah...

Jika namamu yang ditulis di luh mahfuz untuk diriku,,
nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu..tetapi mensolehahkan diriku...
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan solehmu..
Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri..
"Wanita yang baik untuk Lelaki yang baik"....
"Gembira dapat kenal nta...Terasa dekat walau hakikat terlalu jauh..Semoga Allah merahmati nta..Doaku,takkan berhenti untukmu...Walau nta takkan pernah tahu.." :')

Hmm..paling penting...tentang hati..
:')Aku sedang menjaganya..Dengan sangat berhati-hati..insyaAllah..Aku tak tahu khabar dia..
perkembangan dia..tapi...kadang-kadang hati aku ini juga tak tahan..kawan-kawan  jangan cuba jadi macam aku ya? Jaga hati tu..Jangan risau, ada jodoh Allah tetap temukan..Nak dapat cinta soleh, kene jadi solehah dulu..Nak jadi solehah, kene tambat cinta Allah dulu..
For Allah's sake,aku sibukkan diri pun sebab tak mahu pikir pasal dia.. Cukup doa sebagai penghubung..Though he would never know...
(:...Jihad itu pahit sebab syurga itu indah.Ingat tu...:)

"Wahai saudari seakidahku, ketahuilah..Untuk mendapatkan seorang lelaki soleh ialah dengan terlebih dahulu berusaha mendidik diri menjadi seorang wanita yang solehah..Pernikahan bukan sebuah cerita kayangan umpama kisah fairytales tetapi ia adalah kisah cinta realita gabungan dua hati mencari kasih dan redha Ilahi..."hehe...:)

Ingatah...
Dalam hatiku ada Dia dan dalam hatimu pun ada Dia..:)
Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan ini..
Aku PINJAM sekeping hati, hati yang bukan milikku tapi hati milik Dia... jadi biarlah cinta ini kupendam di dalam hatiku..
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...oleh itu, carilah REDHA daripadaNya kerana di dalam keredhaan Allah, terselit cintaNya yang agung....jangan pernah jauh dari cintaNya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang hatiku merasa rindu pada dia, insan yang aku cintai dalam diamku...

Ya Allah..
Biarlah ku simpul dalam setiap doa-doa dalam istikharahku kepadaMu rasa ini... agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah kerana RedhaMu...

Ya Allah..
Tuntunlah hati hamba agar hanya mau menerima cinta seorang insan yang benar2 pilihanMu bukan semata-mata pilihan nafsuku..

Ya Allah..
Jika dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat kepadaMu, maka dekatkanlah diriku dengan dirinya dan satukanlah hati kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah,warrahmah...

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,
Engkaulah Maha membolak-balikkan hati maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya padaMu, kerana semua ini milikMu....
Aamiin ya Rabbal' alamin...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Calon suamiku..

Tangan ini mula merungkap kata-kata yang tidak dapat kuluahkan sebelum ini..
Entah di mana dirimu sekarang..
Sedang aku menantimu disini untuk melengkapkan semula sebahagian dirimu yang hilang..

Calon suamiku..

Maafkanlah andai diriku tidak secantik Balqis
Tidak sesetia saidatina Aishah..
Tidak cukup solehahku seteguh rabiatul Adawiyah..
Jika kecantikan yang engkau cari,
hanya kehampaan yang dapat ku beri...
Sungguh..
Bukanlah harta ataupun rupa menjadi ukuran..
Biarlah agama, yang menjadi tali ikatan antara kita..

Maka aku sedang mempersiapkan diri
Agar menjadi suri hatimu yang solehah..
namun calon suamiku,
Aku berharap agar engkau bersedia menerimaku
dan membimbingku..
Kerana engkau tahu, "akal wanita senipis bilahan rambut"...
Dan aku berharap engkau akan sentiasa di sisi menemaniku memperkukuhkan imanku...

Kerana aku takut,
Sekiranya hatiku ini penuh dengan dosa,
Lalu aku dicampakkan ke neraka kelak akan khilafku,
Dan meninggalkanmu seorang diri di syurga yang abadi..
Bimbinglah aku agar aku dapat menemanimu
Dan menjadi satu-satunya bidadari yang mendampingmu di akhirat sana...
Calon suamiku yang dirahmati..

Tika pertemuan kita yang pertama nanti..
Moga engkau bersedia menerima hakikat
Bahawa akulah tulang rusukmu yang hilang..
Moga engkau bersedia menerimaku sebagai amanahmu..
yang Tuhan ciptakan khas untukmu para kaum Adam..

Seandainya namaku telah tertulis di luh mahfuz untuk dirimu,
Aku berharap engkau menjemputku sebagai mujahid setia,
Yang utuh imannya
Kerana aku memerlukanmu untuk membentukku kelak..
Agar aku menjadi permaisuri hatimu yang solehah...
Yang mampu membanggakanmu kerana memiliki diriku suatu hari nanti...

Wahai bakal teman hidupku,

Dalam solatku,
Saban hari aku sampaikan doaku untukmu,
Agar nafsumu dipelihara Allah..supaya engkau tidak menyentuh yang haram bagimu..
Agar engkau tidak mencurahkan rasa kasihmu kepada wanita lain
Selain aku di hatimu..

Namun, jika engkau mencintai Allah dan Rasulullah melebihi diriku,
Aku relakan dengan sepenuh hati..
Kerana itulah yang aku harapkan daripadamu
Mencintai Pencipta, yang telah melakar namaku dan namamu di Luh MahfuzNya
sehingga kita disatukan
dengan ikatan yang sah..

Semoga Allah melindungimu dan memudahkan jalanmu
Untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Kerana aku bersedia menyambut kehadiranmu sebagai penyeri hidupku..
semoga aku mempersembahkan diriku..
sebagai wanita solehah di matamu..
Meski aku tahu, aku bukanlah hambaNya yang terbaik..
Tetapi..biarlah aku menjadi satu-satunya permata yang terbaik di sisimu
Menjadi permata yang engkau cari selama ini...
   
Calon suamiku..
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini..Andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini..Akhirnya, aku mohon maaf, biarlah rindu ini ditumpahkan dalam tinta daripada jemu tatkala kita disatukan..Semoga hidup kita diberkati..

Salam sayang,
Bakal isterimu...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari yang solehah memanglah sukar sebab menilainya sama seperti meneropong ke dalam hati seseorang.... 
Kata orang yang menutup aurat pun belum tentu solehah... kata orang 'kulit' yang baik belum tentu isinya elok.. 

Jadi...jalan penyelesaiannya cukup mudah..tidak payah bersusah payah meneropong atau mengukur iman dan taqwa orang lain...
caranya ialah "jadikan diri kita dahulu calon isteri / wanita yang solehah" (bagi saya yang perempuan ini...dan begitu juga sebaliknya untuk awak...;p)

Kenal pasti dahulu ciri-ciri wanita solehah kemudian bina ciri itu dalam diri sendiri terlebih dahulu...(insyaAllah...)
Muhasabah pula soal hati, soal dalaman....muhasabah iman dan taqwa kita...
bisik ke dalam hati...apakah aku layak menjadi solehah atau sedang berusaha menjadi yang solehah??

Jadi...ubahlah diri untuk merubah orang lain...
Jika kita menjadi solehah maka yang soleh akan muncul dengan sendirinya... 
Jadilah solehah bukan carilah yang soleh..
Yakinlah dengan janji Allah melalui firmanNya... "...dan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik..."(An-Nur :26)

Ya Allah..mampukah aku menjadi wanita solehah??
mati dalam keunggulan iman, bersinar indah harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...

AKU INGIN MENJADI WANITA SOLEHAH..!!!!....insyaAllah...

JANGAN MENGELUH ya akhi...ya ukhti..

Salam Sayyidul Aiyyam...
Semoga kita berada dibawah lembayung rahmatNya..insyaAllah..
Bersyukur ke hadrat Allah SWT alhamdulillah hari ini 30 Disember 2011 bersamaan 04 Safar 1433 Hijrah kita deberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan kita di muka bumi Allah ini bersama-sama dengan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hambaNya iaitu nikmat IMAN dan ISLAM...pejam celik pejam celik satu hari lagi bermula tahun 2012...Saya percaya masing-masing sedang menyiapkan diri mereka ke arah yang kebih baik...moga beroleh redhaNya...insyaAllah...

Namun..
Masih ada lagi yang mengeluh atas ujian yang menimpa diri...
Seringkali diri menyalahkan diri sendiri, orang lain, takdir dan sebagainya...
Ada juga yang mengeluh kerana tidak dilahirkan sebijik seperti sahabat-sahabat yang lain..
Kenapa perlu berfikiran begitu??
Sedangkan Allah Ta'ala telah menciptakan kita sebagai hamba dalam proses kelahiran yang sama..

Firman Allah Ta'ala :
"Allah mengangkat martabat orang-orang yang beriman dan mereka yang berilmu pengetahuan kepada beberapa darjat"..(surah al-mujadalah:41)

JANGAN MENGELUH.....

Kita selalu bertanya....
....dan AL-QURAN sudah menjawabnya.....

Kita bertanya : KENAPA AKU DIUJI??

QURAN menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:"Kami telah beriman" (I am full of faith of Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
(surah Al-Ankabut : ayat 2-3)

kita bertanya: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??

QURAN menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amay buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(surah Al-Baqarah : ayat 216)

kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI??

QURAN menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(surah Al-Baqarah : ayat 286)

kita bertanya : KENAPA RASA FRUST??

QURAN menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"
(surah Al-Imran: ayat139)

kita bertanya : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??

QURAN menjawab :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesusahan dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan pertahanan diri di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)


kita bertanya : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??


QURAN menjawab ;
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-oraang yang khusyuk"
(surah Al-Baqarh : ayat 45)


kita bertanya : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??


QURAN menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
(surah At-Taubah: ayat 111)


kita bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

QURAN menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal"
(surah At-Taubah: ayat 129)

kita berkata: AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN menjawab:
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesengguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allahmelainkan kaum yang kafir."
(surah Yusuf :ayat 12)



Bagi yang sedih, rasa tidak mampu nak menanggung sakit yang dihadapi, kecewa....
Renungkan~

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan pehuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya"

Begitu juga dengan kehidupan menusia, gembira dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang mengetahui rahsia sebenar kehidupannya..

"Jika rasa sedih, serabut dan kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya...dan alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa bersamamu..."

"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah .." (HR.Al-Baihaqi)



*semoga bermanfaat buat kita semua...insyaAllah..:)

Monday, 26 December 2011

SAHABATKU IBARAT BINTANG DI LANGIT..

Assalamualaikum wbt..



Astaghfirullah bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat..rindu menerjah ruang hati. Sambil-sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali..makin banyak tanggungjawab yang kita ada, Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza


Astaghfirullah..


Entah mengapa banyak hak-hak ukhuwah yang terabai..Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masayang cemburu mengejar perkara-perkara lain..


Astaghfirullah...


Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini semuanya orang-orang yang Allah cintai..InsyaAllah..Jadi, rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cintai..Maafkan diri ini duhai sahabat..


Astaghfirullah...


Ada sahabat sangat suka bertanya tentang Allah..tanda kebesaran Allah..Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya..


Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan..sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya..


Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah..sampai sekarang..masih dahagakan nasihatnya..


Sahabat-sahabatku yang tercinta..


Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan...segeralah beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut..


Buat sahabat-sahabat "DHAHIYATUL ARAB"...



Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukwah kerana Allah??
Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami??
Bagaimana kita menjaga ukhwah itu??
Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula. Begitu juga dengan diri ini sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan dalam bersahabat..Kita susah memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk mamahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita. Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik..yang manadapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan..Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita..bila  kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan ikatan akidah yang satu..


Mengimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat selama lima tahun..tersangat manis rasanya walaupun ada juga peristiwa pahit..Umpamanya kata-kata yang diterima melalui sms dari seorang sahabat..


"Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, kesetiaan, dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduanpadaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat. Yakin pada Yang Maha Esa, sama-samalah teruskan perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.."


Masa berlalu semakin pantasnya...ukhuwah pun semakin erat...
SAHABAT,terima kasih atas segalanya...


Dari Aisyah r.a, nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sukakan permusuhan..."


Bandingan seorang mukmin dalam berkasih sayng, bekerjasama seperti satu jasad.Apabila ada anggota yang sakit, seluruh jasadnya berasa sakit, panas dan berjaga malam..
(riwayatAL-Bukhari)



Berpisah jasad sudah ketentuan,
Biarkan ia subur dalam ukhwah,
Bisikan doa sebagai laluan,
Di dalan nukilan kini terluah..

DOA BUAT SAHABAT TERSAYANG...

Sahabat..
Dulunya kita saling tidak mengenali.
Kini,
Allah aturkan pertemuan antara kita...
Pertemuan demi pertemuan yang membuahkan rasa kasih antara kita..
Rasa CINTA kepadaNya

Kita saling lengkap-melengkapi..
Menampung kelemahan sesama kita..
Aku begitu bertuah kerana mempunyai seorang teman sejati seperti kalian..
Aku begitu bersyukur kerana Allah mempertemukan kita..
Dalam satu pertemuan yang sangat indah..
ya'ni dalam satu perjuangan menuju redha Ilahi..

Suka dan duka kita kongsi bersama..
Tika diri inimenangis, engkau turut menangis..
Bersama kekuatan ALLAH..
Tika diri ini bergembira, engkau juga gembira..
Bersama nikmat Allah..
Ya Allah,satukanlah hati-hati kami..
Dalam mendukung perjuangan menujuMu..
Eratkanlah ikatan hati kami dalam naungan CINTAMU..

Sahabat..
Ku ingin sekali lagi..
dengan pertemuan pertama kita..
Tika jau dan aku masing-masing membawa diri..
Tidak aku nafikan perasaan ku tika itu..
Ingin mengenalimu...dengan lebih mendalam..

Lihatlah sekarang..

Kita mampu tersenyum dan berduka bersama..
Demi satu AQIDAH yang kita perjuangkan..

Kita umpama semut merah yang sentiasa bersama-sama...
Dalam satu perjalanan meraih CINTA ILAHI..
Dalam satu barisan perjuangan Rasulullah s.a.w...
Umpama rantai-rantai yang saling berpegang teguh..
Teguh-meneguh antara satu sama lain..

Seculit memori bisamembuat kita menangis, gembira dan tertawa....

Persahabatan ini bukanlah sementara...ia membawa hingga ke syurga kekeal abadi...

Di hadapan kita, sebarisan perjuanagan muslimin yang saling menguatkan antara satu sama lain...

 
Antara kita terjalin ukhwah didasari kerana ALLAH demi merencana agenda dakwah perjuangan ISLAM di mika bumi...

Bantulah kami, Ya Allah...
Hanya kepadaMu kami berserah diri..

Perjuangan ini bukanlah mengikut sekadar umur yang kami boleh pilih sampai bila-bila....tapi ianya berpanjangan hingga akhir hayat kami..hingga hembusan terakhir kami..

Temukanlah kami di syurgaMu kelak,ya Allah..
Janganlah  Engkau jadikan tiap-tiap dalam diri kami ini, jiwa yang lemah, hati yang berbolak-balik...bergoncang dengan hawa nafsu..

Walau di mana kami berada, satukanlah hati kami...Jauh atau dekat.. Itulah KAMI yang akan mendukung AGAMAMu...menjunjung perintahMu...menegakkan panji-panji ISLAM...
RASULULLAH ikutan kami..
AL-QURAN panduan kami..
MATI SYAHID di jalanMu menjadi idaman kami!!

Click Me Amin...


Dan aku...masih disini,
Terus mendaki..
Puncak tertinggi hidupku,
Dan aku....
Terus menanti..
Saat yang manis..
Akan berulang kembali...
Sahabat...

~DEVOTEES_SAHABATKU~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...