.....بسم الله الرحمن الرحىم ....
Untukmu Bakal ‘Imam’ku...
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu di dalam rahsia penciptamu...
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
hanya jambatan istikharah yang bisa merungkai rahsia ini….
Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah...
Ya Tuhan kami,
lindungi kami…
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu,
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah..
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu bakal suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala…
Bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini…
kerana akan hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas,
sedangkan cinta sementara bisa mmelukakan hati,
sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa…
No comments:
Post a Comment