"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Thursday 5 May 2011

syukran laki ya UMMI!!!!

kepada umi yang mengasuhku selama ini,,ku ucapkan SELAMAT HARI IBU....
Tiada ungkapan indah yang mampu aku luahkan buat umi
bagi menggambarkan betapa aku ingin berterima kasih di atas segala pengorbanan
dan penat lelah umi selama membesarkan aku dan adik beradik yang lain...

Akan aku sentiasa ingin membalas jasa umi...
Selain dari apa yang termampu aku buat sekarang ini,
aku juga akan selalu berdoa agar umi sentiasa berbahagia
dan mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa
kerana bagi aku umi terlalu layak untuk merasa bahagia setelah penat lelah yang dilalui selama ini...
terima kasih umi kerana menghadirkan dunia buat aku dan adik beradik yang lain...
umi terlalu sempurna buat aku...segala-galanya terjaga dengan adanya umi dalam hidup aku...

umi...
andai pernah aku melukakan hati umi tanpa aku sedari,
aku berharap sangat andai umi sudi memaafkan segala kekhilafan aku...
aku berjanji akan sentiasa menjaga hati umi...
hati seorang ibu yang begitu tabah dan penyabar...
aku kagum dengan umi...
umi...
mungkin ini hanya bisa ku beri sampai saat ini
untuk berterima kasih kerana semua jasa umi tak akan terbalas
sehingga aku menutup mata...
dengan penuh rasa kasih sayang dan terima kasih..
aku ucapkan...
SeLaMaT HaRi iBu....umi....
aku sayangkan umi...

anakmu,
angah


kata mutiara dan puisi cinta hari ibu


Mom, I love you For all that you do. I’ll kiss you and hug you ‘Cause you love me, too. You feed me and need me To teach you to play, So smile ’cause I love you On this Mother’s Day. Mom, I love you…


dikau sentiasa dalam doaku......
“Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)

umi,
Memanggilmu buatku selesa
Apatah lagi memandangmu yang membuatku bahagia,
Engkau ibarat sebuah permata yang berharga
Engkau juga ibarat penyejuk jiwa....

umi,
Anakmu tidak pandai berbicara atau berkata-kata
Namun ianya lahir dari hati yang paling dalam...
Segala yang engkau lakukan untuk ku tiada nilainya...
Engkau sungguh sabar dalam melayaniku...

umi,
Sesungguhnya anakmu ini ingin memohon ampun 
Diatas segala kesalahan yang telah anakmu lakukan..
Tiada niat di hati untuk melakukannya..
Tetapi amarah merentasi segalanya...

umi,
Terima kasih kerana menjaga ku selama ini...
Insyallah...anakmu ini tidak akan pernah
Melupakan jasa-jasamu...
Angah sayangkan umi...

Selamat Hari Ibu....

~my beloved family~
salam sayang, kasih, cinta dari hati yang tulus,
-nabilah huda abdul halim-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...