"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Sunday, 25 December 2011

SURAT UNTUK KEKASIH...

.....بسم الله الرحمن الرحىم.....



Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Sayang, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki Segalanya.

Maaf sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil, dan kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu rupawan lagi tampan, DIA lebih indah dan bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu. Dan sayang, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia, Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Sayang, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah mendahului takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi suamiku kelak padahal itu belum pasti adanya. Dia boleh Marah. Tetapi sekali lagi semua belum terlambat. Kalau kita bertaubat sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni. Sayang, DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Sayang, jangan marah. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang, Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.

Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti lebih baik dari diriku saat ini.

Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari aiskrim beku.

Maaf, akhi. Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini akan merosakkan hati.  Aku tak ingin engkau memiliki sedikit rasa ria (sombong) sedikit pun di hatimu ketika beribadah, kerana itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya.

Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.

Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.

Dan jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

buatmu...

SeKUAT mana CINTA dan KASIH aku padamu

 Semoga aku tidak LUPA..
 Yang mentakdirkan PERTEMUAN hanya ALLAH..
 Yang memberikan RASA cinta hanya ALLAH..
 Yang menjanjikan KEBAHAGIAAN hanya ALLAH..
 Dan yang memberi izin PENYATUAN hanya ALLAH..
 Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik dihati aku...
 Untuk MEMBELAKANGkanNYA dalam urusan JODOH dan CINTA..

 

Semoga kita tidak LUPA....
 Kita  BERHAK merancang....
 tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang TERBAIK
 buat hambaNYA kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...
 Dan Allah lah yang memandu hati-hati hambaNya ke arah jalan mana yang terbaik untuk hambaNya....


>>>Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka…Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana…(Al-Anfal:63)

>>>Cinta Allah itu adalah segalanya..cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selamanya..SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu..manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA, maka..SETIALAH pada cintaNYA..InsyaAllah...Aminn Ya Robb.....

•❤Dakwah adalah cinta. Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaanmu
Atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya...
Kita TIDAK pernah meMILIKI sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan


Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan ....
MENYINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati....
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di
dalamnya



Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ucapan cinta padamu
Tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
Sesungguhnya
' Aku tidak pernah memiliki dirimu'
' Dan kau jua tidak memiliki diriku'



Mengertilah..
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa...
Tiada siapa berhak memiliki diri kita
kecuali DIA
DIA mengasihi hambaNYA
DIA memiliki hambaNYA
dan kepangkuan DIA kita akan kembali...
cntailah Allah..
sesungguhnya kepadaNYA lah kita akan
kembali....
Cinta yang dikehendaki oleh Allah ialah cinta kerana Allah sepertimana hadis daripada Mu’az bin Anas al-Jahni yang meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda:

“Sesiapa sahaja memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(Riwayat al-Hakim)

----------------------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.”

(Riwayat al-Bukhari)


*tanamkan rsa cinta pd Allah..insyaAllah kita dpt rasa kemanisan cinta Ilahi..
simpan perasaanmu utk yg halal bgmu~~



Saturday, 10 December 2011

CINTA LUAR BIASA...apa yang luar..apa yang biasa??


bercinta secara luar biasa ATAU luar biasanya bercinta?


Cinta luar biasa memang menyentuh jiwa. Akhirnya, ukuran kebahagiaan itu terletak pada betapa kuatnya hubungan kecintaan kita kepada si Dia. Dengan menjadikan hubungan cinta tersebut sebagai asas mengikat cinta dengan yang lain, InsyaAllah, cinta luar biasa akan digapai.
Suatu hari seorang sahabat Nabi saw telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, kenapa hatinya keras dan tak mahu menangis dan menitiskan air mata, seperti sahabat-sahabat yang lain.

Lalu baginda saw pun menasihatkan sahabat tersebut untuk mengulurkan sedekah, (dalam riwayat lain, baginda menasihatkan sahabat baginda itu untuk menyapu kepala anak yatim) Alhamdulillah setelah sahabat tadi bersedekah (atau mungkin menyapu kepala anak yatim) maka sahabat tadi mula lembut hati dan menitiskan air mata.

Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapus segala keburukan. namun begitu juga sebaliknya, sesungguhnya air bah itu juga akan mengubah pantai.

Oleh itu buat baik sebanyak-banyaknya, dan buat jahat jangan sekali.

Semakin banyak kita membuat kebaikan dan semakin jauh kita dari sebarang keburukan maka hati kita akan semakin cinta kepada Allah swt. sepertimana kata-kata saidina Ali RA :


“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal”.

Kalau kita mahu menjadi seorang pencinta yang luar biasa kepada Allah, maka teguhkanlah ketaqwaan, buatlah semua kebajikan walaupun hanya sekadar membuang duri dari jalan. Dan jauhilah sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran itu walaupun ia cuma sekadar makruh, namun ia mendatangkan kebencian juga pada Allah swt.

Kerana Makruh bererti yang dibenci.

Kalau kita membuat suatu yang dibenci oleh orang tua kita, maka adakah hubungan kita dengan orang tua akan rapat atau renggang?


p/s :

Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya. Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini?

Yang pasti, soalan ini tiada jawapan yang solid.
Apapun, berusahalah ke arah mencontohi Nabi saw dalam menggapai cinta luar biasa ni. Selebihnya, samaada kita mahu raih atau tidak cinta luar biasa ini, ukurannya biarlah Allah swt yang tentukan




*sumber perkongsian dari blog seorang hamba Allah..moga beroleh manfaat dariNya..

Monday, 5 December 2011

jom berCINTA!!!..

.....بسم الله الرحمن الرحىم.....

"membaca Al-Quran tu bukannya benda yang kita buat sewaktu kita tak tahu nak buat apa.

Tapi Al-Quran adalah matlamat....apa-apa yang kita lakukan setiap hari perlu ditujukan kepada bagaimana kita ingin dekatkan diri kepada AL-QURAN..

mengulang AL-QURAN bukanlah perkara yang kita buat ketika ada masa lapang saja
kita perlu cari masa untuk menghadap AL-QURAN

AL-QURAN bukan hafalan yang kita lagukan saja

AL-QURAN adalah pesanan yang turun dari langit yang tinggi, yang kita mesti rasa dan fahami..
surat cinta dari pemilik cinta..

thanking ALLAH for this blessing

solat itu tiang agama...we ask things from ALLAH dengan solat. solat/doa itu ibadah yang boleh kita lakukan selalu..setiap masa dimana saja..

AL-QURAN itu apa yang kita mahu dengar dari ALLAH..yang kita boleh buka bila-bila masa selagi diri mahu..adakala menjadi pengubat kepada pelbagai penyakit..

but all in one..seperti orang awam seperti aku..cukuplah aku kata..solat dan AL-QURAN itu memberi aku ketenangan yang tidak tergambarkan..

ketenangan yang jika "pembesar-pembesar dunia ini tahu hakikatnya,sudah pasti mereka akan datang dengan senjata dan peperangan untuk merebutnya dari orang yang memilikinya..."

kalaupun ada sehari aku buat perkara paling bagus sekali dalam hidupku, tidaklah hari itu dikira bagus kalau aku tidak membaca

AL-QURAN...

jom sahabat...kita bercinta dengan kalam-NYA hingga akhirnya...tak rugi pun..=)

*renungan untuk semua termasuk diri ini...

Monday, 21 November 2011

DIALOG MODEN LAGI BERPAHALA MENYEBUTNYA...


......بسم الله الرحم الرحيم.....

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita bernafas di bumi Allah ini..
dengan kurniaan kesihatan dan akal yang waras dapat lagi saya berada di hadapan laptop untuk menghiasi blog ini agar makin bertunas..insyaAllah...=) .

insyaAllah...hari ini....saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya baca dalam majalah gen-Q edisi ke4...
pernah baca x??...=)...alhamdulillah..bagi saya...majalah ni best sgt....penuah renungan buat diri saya yang mudah lupa.....semoga ia bermanfaat bagi setiap yang membacanya..insyaAllah...



"DIALOG MODEN LAGI BERPAHALA MENYEBUTNYA..."

emm....ok.....sering kali kita menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau kata-kata...
sayangnya apabila kadang kala kata-kata kita boleh menyebabkan kemurkaan Allah 
dan kemarahan kawan-kawan yang lain.
Jadi, apa kata kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar 
dan membuahkan pahala...

YANG BIASA
BIASAKAN YANG SEBETULNYA
Pergh...gempak giler
OMG(oh my god)
Terbaek...
Ok..orait...
Cilakak..
Ellemak...lupa lak...
Arghhh...pening...
Eee..teruknya...
Opocot..
Hek eleh...
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada
Tukar kepada

Subhanallah...
Ya Allah...
Alhamdulillah...
InsyaAllah....
Masya Allah...
Allahumasolli’ala Muhammad...
Astaghfirullah...
Na’uzubillah...
Allahuakhbar..
La ilaha illallah....





mudah bukan??...betulkan yang biasa..biasakan yang sebetulnya...
moga sama-sama beroleh redhaNya....insyaAllah..=)


Sunday, 20 November 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH





Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu..

Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau puja ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau benci ADALAH suami mu..

Belum TENTU lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu..

Tiada siapa ketahui siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi 
RAHSIA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA..





Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.



2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Sunnatullah (ketentuan) bahawa Allah Taala menjadikan makluk termasuk manusia secara berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Fitrah manusia adalah ingin dikasihi dan disayangi dengan dibatasi lingkungan syarak.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYa ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang”
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (surah Ar-Rum :21)
Setiap manusia pasti ada jodohnya bergantung pada Takdir Allah dan ikhtiar dari manusia itu sendiri.Masa depan kehidupan suami isteri erat kaitannya dengan memilih suami, maka, Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, soleh dan taat dalam mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang dalam agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang akhlaknya kamu redai maka kahwinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakkan.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Namun begitu, jika setiap usaha yang dilakukan itu tidak seperti yang diharapkan, fikirlah sesuatu dengan penuh keimanan yang mana Allah akan member yang lebih baik untuk kita. Insyaallah..

Ya Allah Ya TuhanKU...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku, tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu kekal abadi...


Ya Allah Ya Tuhanku

Yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia pergi jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...
jodoh

Ya Allah ya TuhanKU..

yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agar ku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...



Ya Allah Ya TuhanKU..

Yang maha tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah Ya TuhanKU...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran..



Ya Allah Ya TuhanKU..

kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...



Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

" Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,... 

supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul...

kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebaliknya..

" Ya Allah... Dimana lagikah dapat ku temui Cinta Sejati kecuali pada Cinta-Mu... Kemana lagikah cinta ini harus berlabuh kecuali pada Kasih-Mu... Jadikan lah hati yang lemah ini ...

Ya Allah... Tertambat kukuh hanya pada Mu... Aku mohon redha atas segenap keputusan-Mu... Kesejukan setelah Matiku... Kenikmatan memandang Wajah Mu... dan Kerinduan untuk berjumpa Dengan Mu... 

Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah... Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirah Mu... 

Ya Allah... Masukkan lah ku dalam kalangan hamba-hamba Mu...yang Engkau Cintai...

Kurniakanlah ku Cinta...Orang yang Cinta kepada Mu... Dan Cinta orang...Yang cinta kepada orang yang dekat pada Mu... Dan jadikan Cinta ku terhadap Mu Ya Allah... Lebih aku cintai daripada Cintaku ke Insan Mu...^_^

Dalam Hati ada Cinta... Dalam Jiwa ada Rindu... Dalam Sanubari ada Kasih... Namun entah bila akan ku temui titik pertemuan... Agar bisa disatukan...untuk diserahkan rasa ini... Hanya buat Nya yang layak... Agar nanti dapat dinikmati Kemanisan Semurni Cinta... Setulus Rasa...Pemilik Cinta Yang Maha Kaya...(◕‿◕✿)


Ana kongsikan...sumber blog dari seorang hamba Allah...syukran atas perkongsian..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...