"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Sunday 25 December 2011

SURAT UNTUK KEKASIH...

.....بسم الله الرحمن الرحىم.....



Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Sayang, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki Segalanya.

Maaf sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil, dan kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu rupawan lagi tampan, DIA lebih indah dan bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu. Dan sayang, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia, Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Sayang, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah mendahului takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi suamiku kelak padahal itu belum pasti adanya. Dia boleh Marah. Tetapi sekali lagi semua belum terlambat. Kalau kita bertaubat sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni. Sayang, DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Sayang, jangan marah. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang, Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.

Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti lebih baik dari diriku saat ini.

Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari aiskrim beku.

Maaf, akhi. Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini akan merosakkan hati.  Aku tak ingin engkau memiliki sedikit rasa ria (sombong) sedikit pun di hatimu ketika beribadah, kerana itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya.

Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.

Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.

Dan jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

buatmu...

SeKUAT mana CINTA dan KASIH aku padamu

 Semoga aku tidak LUPA..
 Yang mentakdirkan PERTEMUAN hanya ALLAH..
 Yang memberikan RASA cinta hanya ALLAH..
 Yang menjanjikan KEBAHAGIAAN hanya ALLAH..
 Dan yang memberi izin PENYATUAN hanya ALLAH..
 Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik dihati aku...
 Untuk MEMBELAKANGkanNYA dalam urusan JODOH dan CINTA..

 

Semoga kita tidak LUPA....
 Kita  BERHAK merancang....
 tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang TERBAIK
 buat hambaNYA kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...
 Dan Allah lah yang memandu hati-hati hambaNya ke arah jalan mana yang terbaik untuk hambaNya....


>>>Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka…Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana…(Al-Anfal:63)

>>>Cinta Allah itu adalah segalanya..cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selamanya..SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu..manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA, maka..SETIALAH pada cintaNYA..InsyaAllah...Aminn Ya Robb.....

•❤Dakwah adalah cinta. Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaanmu
Atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya...
Kita TIDAK pernah meMILIKI sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan


Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan ....
MENYINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati....
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di
dalamnya



Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ucapan cinta padamu
Tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
Sesungguhnya
' Aku tidak pernah memiliki dirimu'
' Dan kau jua tidak memiliki diriku'



Mengertilah..
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa...
Tiada siapa berhak memiliki diri kita
kecuali DIA
DIA mengasihi hambaNYA
DIA memiliki hambaNYA
dan kepangkuan DIA kita akan kembali...
cntailah Allah..
sesungguhnya kepadaNYA lah kita akan
kembali....
Cinta yang dikehendaki oleh Allah ialah cinta kerana Allah sepertimana hadis daripada Mu’az bin Anas al-Jahni yang meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda:

“Sesiapa sahaja memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(Riwayat al-Hakim)

----------------------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.”

(Riwayat al-Bukhari)


*tanamkan rsa cinta pd Allah..insyaAllah kita dpt rasa kemanisan cinta Ilahi..
simpan perasaanmu utk yg halal bgmu~~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...