"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan"...(Ali-Imran:185)

اللهم اخثم لنا بحسن الخاثمة ولا ثخثم علينا بسوء الخاثمة

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah(akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri kami dengan suu-ul khatimah(akhir yang buruk)"

Friday, 6 May 2011

hatimu...sunyi???kosong???

"kadang2 rase cam tiap2 ari berlalu dgn begitu kosong....
sy rase cam... mcm mane nak describe pun x tau..
ade any advise for me..."

Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap2 dan tertanya2 mencari jawapan yang tidak pasti.

"Kenapa hatiku rasa sangat sunyi??"..
"Kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh daripada ALLAH??..semuanya rasa serba tidak kena..apakah ALLAH sudah berlepas tangan daripadaku??"..
Na'uzubillah...

  Memang,,kita selalu rasa cam tu..persoalan2 tu selalu menghantui diri kita..cuma,,adakah kita berusaha untuk mencari jawapan bagi soalan2 tu??..
Menurut Ustaz dalam sebuah buku yang bertajuk "Bawa hatimu kpd Tuhan",,dosa dan maksiat yg kita buat itulah puncanya..sebab makin bertambah dosa kita,,makin bertambahlah jarak antara kita dengan ALLAH..mean,,hubungan kita dengan ALLAH makin renggang..

Alhamdulillah,,bila kita rasa macam tu,,menunjukkan hati kita hidup..sebaliknya bagi orang yg mati hati,,hati dye langsung x sensitif..mcm org bijaksana kata,,kelukaan pada hati yg mati tidak akan memberi apa2 kesakitan..


" Mencari kemanisan dalam kehidupan. Mehnah mendatang terasa terbeban. Bawa hatimu kepada tuhan. Di sana menanti syurga idaman "

KU DAMBA KASIH ILAHI...

wslm...

Thursday, 5 May 2011

syukran laki ya UMMI!!!!

kepada umi yang mengasuhku selama ini,,ku ucapkan SELAMAT HARI IBU....
Tiada ungkapan indah yang mampu aku luahkan buat umi
bagi menggambarkan betapa aku ingin berterima kasih di atas segala pengorbanan
dan penat lelah umi selama membesarkan aku dan adik beradik yang lain...

Akan aku sentiasa ingin membalas jasa umi...
Selain dari apa yang termampu aku buat sekarang ini,
aku juga akan selalu berdoa agar umi sentiasa berbahagia
dan mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa
kerana bagi aku umi terlalu layak untuk merasa bahagia setelah penat lelah yang dilalui selama ini...
terima kasih umi kerana menghadirkan dunia buat aku dan adik beradik yang lain...
umi terlalu sempurna buat aku...segala-galanya terjaga dengan adanya umi dalam hidup aku...

umi...
andai pernah aku melukakan hati umi tanpa aku sedari,
aku berharap sangat andai umi sudi memaafkan segala kekhilafan aku...
aku berjanji akan sentiasa menjaga hati umi...
hati seorang ibu yang begitu tabah dan penyabar...
aku kagum dengan umi...
umi...
mungkin ini hanya bisa ku beri sampai saat ini
untuk berterima kasih kerana semua jasa umi tak akan terbalas
sehingga aku menutup mata...
dengan penuh rasa kasih sayang dan terima kasih..
aku ucapkan...
SeLaMaT HaRi iBu....umi....
aku sayangkan umi...

anakmu,
angah


kata mutiara dan puisi cinta hari ibu


Mom, I love you For all that you do. I’ll kiss you and hug you ‘Cause you love me, too. You feed me and need me To teach you to play, So smile ’cause I love you On this Mother’s Day. Mom, I love you…


dikau sentiasa dalam doaku......
“Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)

umi,
Memanggilmu buatku selesa
Apatah lagi memandangmu yang membuatku bahagia,
Engkau ibarat sebuah permata yang berharga
Engkau juga ibarat penyejuk jiwa....

umi,
Anakmu tidak pandai berbicara atau berkata-kata
Namun ianya lahir dari hati yang paling dalam...
Segala yang engkau lakukan untuk ku tiada nilainya...
Engkau sungguh sabar dalam melayaniku...

umi,
Sesungguhnya anakmu ini ingin memohon ampun 
Diatas segala kesalahan yang telah anakmu lakukan..
Tiada niat di hati untuk melakukannya..
Tetapi amarah merentasi segalanya...

umi,
Terima kasih kerana menjaga ku selama ini...
Insyallah...anakmu ini tidak akan pernah
Melupakan jasa-jasamu...
Angah sayangkan umi...

Selamat Hari Ibu....

~my beloved family~
salam sayang, kasih, cinta dari hati yang tulus,
-nabilah huda abdul halim-

Friday, 22 April 2011

hati mane yang x pernah sedih??

emmmm....
knpe tbe2 hati ini terase sedih???

pkir punye pikir,aku sedar...
diri mane xpernah sedih kan...
yela,,setiap manusia ade rse sedih,,,
tp kte sbgai insan yg teramat amat amat amat hina ini senang2 je menyalahkan takdir....
ketika sedih,kte marah2,,layan perasaan...
sedangkan sume 2 x wat ati kte terubat...

kenapa yer sahabat?????

yup!!!
sbb Allah yang jadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang punyai ubatnya...
btol x??huhu...
Dlm satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".


Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.

Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. 

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”. mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”. 

skrg kte dh taw kan pe ubat tuk hati yg sedih ini???
xusah lar kte melayan perasaan yg xtaw mane hala tuju...
nengung kat sini,,nengung kat c2...hehe.....
sme2 kte mndekatkan diri dengan Allah dengan mengingatiNya....

Membaca al-Quran adalah antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 
Allah berfirman,Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.
sahabat2...
ney ade doa yg kte leh bce bler kte sedih....
kte amal sme2 ek,,,
emm,doa ney dr Dr. Badrul Amin
katanya ini doa yang diajarkan Nabi... 


"Ya Allah.aku berlindung kepada mu daipada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada mu ya Allah,dr sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada mu  
Ya Allah dari sifat penakut dan juga bakhil,Dan aku berlindung kepada mu  
ya Aallah daripada beban hutang dan tekanan manusia."


alhamdulillah....
akhirnye jumpe gak jalan penyelesaian tuk merubat hati yg berduka lara....
insyaAllah,,,sme2 kte amalkan...
hah,,tbe2 teringat stu kate hikmah...

If you want to talk to Allah Ta'ala, then perform prayer. If you want Allah to talk to you, the recite the Al-Qur'an. Jika kamu mahu berbicara dengan Allah Ta'ala, tunaikanlah solat. Jika kamu mahu Allah Ta'ala berbicara dengan kamu, bacalah Al-Qur'an. 

kedua-duanya sumber ketenangan yang hakiki...
bagi merawat hati yang sedih+luka+geram+sakit+.............


Allah adalah segalanya,,,
kembalilah kte kpd Allah...
insyaAllah,,,same2 kte mndapat petunjuk dariNya..
amin...


sekian,,,
wallahualam bi shawab....

Saturday, 16 April 2011

warkah buatmu wahai bakal "IMAM"ku....

.....بسم الله الرحمن الرحىم ....


Untukmu Bakal ‘Imam’ku...
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu di dalam rahsia penciptamu...
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
hanya jambatan istikharah yang bisa merungkai rahsia ini….

Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah...

Ya Tuhan kami,
lindungi kami…
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu,
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah..
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu bakal suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala…

Bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini…
kerana akan hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas,
sedangkan cinta sementara bisa mmelukakan hati,
sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa…

di mana cinta sejati???

Kata Imam Ibnu Athaillah”la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun!”ertinya”tidak ada yang dapat mengusir nafsu atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang mengetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!”
Perasaan cinta pada seseorang itu adalah melandaskan nafsu jika ia menyakitkan. Cinta sejati itu menyembuhkan bukan menyakitkan. 


Perasaan itu tidak boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika memiliki dua hal


Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang mengetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.


Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kepada rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.
Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada selainNya. Itulah yang membuatmu terseksa.
Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla

Friday, 15 April 2011

tolong aku duhai teman..!!

assalamualaikum w.b.t.....


pejam celik pejam celik skrg dah bulan 4,,
skjp je rse wktu berlalu kan kwn2...
ape yg korang dapat slame cuti ney??
emm...klaw nabilah..
yela,mcm2 lar blah buat,,
seronok,,
sedih,,
sume ade...yela,duduk kat umah kan..
klaw duk asrama,mcm2 rungut,,nk blek lar...
klaw tnye kawan2 sume mesti kate...
"rumahku syurgaku"
tp...
ntah lar kwn2,,nabilah bleh rsekan ade sesuatu yg amat jauh ngan blah...
blah xcam kt sekolah dluw...
dlu tiap2 kte ari pegang quran..
dlu tiap2 ari kte dgr orang ngaji..
dalam ati ney slalu jerk wat perjanjian minggu dpn nk start berubah,,,
pas2,,tunda..
bulan dpn nk start berubah..
pas2,,tunda...
xkan nk tunggu taun  dpn??
sahabat2!!!
diri ini amat mengharapkan pertolongan sahabat dalam menuju redhaNya...
aku yakin bkn diri ini x mampu,,
tp dugaan yg mendatang semakin hari semakin mencabar...
semakin melemahkan imanku,,,
ya Allah,,bantulah hambamu yg hina ini,,
sahabat2ku,,,bimbinglah aku ke jalanNya...
tolonglah aku duhai teman....!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 13 April 2011

anugerah solehah yang tinggi


"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?


Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." (Riwayat Ahmad dan lain-lain: Sohih)
Harta Paling Berharga
Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)


-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).


-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).


-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(An Nur : 31).


-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).


-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).


-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sumber Text: Aurat Wanita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...